Tutup

Di mana Nora Anne Quoirin?

Misteri kehilangan remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, masih belum terjawab. Siasatan awal polis mendapati remaja berusia 15 tahun itu hilang dari sebuah resort di Nilai sejak pagi Ahad, dan kehilangannya tidak menunjukkan sebarang unsur jenayah. Tegas Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, orang ramai termasuk media tempatan mahupun luar negara diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya.