Dian: Berniaga di jalanan kini lebih ranggi

'Foodbike' memperkenalkan konsep micro-francais kepada golongan kurang bernasib baik untuk terlibat dalam perniagaan makanan. Menariknya, model perniagaan sosial ini hanya menggunakan modal kecil serta disokong oleh bantuan dana dari badan korporat. Cawangan francais pertama 'Foodbike' dibuka di KL Sentral dan cawangan francais kedua di Pantai Dalam. Kedua-dua francais berkenaan diusakan oleh peserta OKU.