Tutup

Dipenjara 16 tahun, 12 sebatan kerana liwat anak saudara sendiri

Padah liwat anak saudara perempuan sendiri, seorang pembantu operasi sebuah Hospital dihukum penjara 16 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada Rabu. Hukuman dijatuhkan kepada tertuduh berusia 32 tahun dari Jalan Bayam itu selepas pihak pembelaan gagal timbulkan keraguan munasabah di akhir kes.