Dividen SSPN 4 peratus, PTPTN perkenal ganjaran kesetiaan SSPN-i

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi 2018 pada kadar empat peratus. Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan memaklumkan bahawa pemberian tersebut melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM114,55 juta, memberi manfaat kepada lebih 3.91 juta pendepositnya.