DKN 2030 wujud ekosistem keusahawan holistik - Tun Mahathir

Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030 yang dilancarkan hari ini akan mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif bagi menyokong agenda pembangunan ekonomi negara yang inklusif, seimbang dan mapan. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia sekali gus membentuk masyarakat Malaysia yang berpemikiran dan berbudaya keusahawanan.