Doktor dari Malaysia warga kelima paling ramai bekerja di UK

Doktor dari Malaysia dikenal pasti sebagai warganegara kelima paling ramai berkhidmat sebagai doktor profesional dengan National Health Care Service, NHS di seluruh United Kingdom. Setakat September tahun lalu, seramai 1,548 doktor Malaysia sedang berkhidmat sepenuh masa di Britain.