Tutup

Doktor syaki kecederaan bayi bukan kemalangan

Pihak hospital yang melakukan pemeriksaan terhadap bayi lelaki, Naufal Amsyar Nabil Fikri, mengklasifikasikan kecederaan yang dialami bayi berusia 10 bulan itu sebagai ?kecederaan bukan kemalangan' atau 'non accidental injuries?. Pengarah Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Dr Muhammad Yusof Sibert berkata, pemeriksaan imbasan juga mendapati terdapat beberapa keretakan di bahagian kepala yang serius.