Tutup

Downy lancar rangkaian terbaharu, Aqua Ocean dan Secret Garden

Berdandan dan mengenakan minyak wangi merupakan amalan setiap wanita untuk memastikan penampilan diri di tahap terbaik. Namun, jenama pelembut fabrik utama di Malaysia, Downy bersama dutanya, Scha Alyahya tampil dengan mesej yang agak berbeza. Wanita harus bangga dengan keperibadian dan kecantikan semula jadi mereka.