Dr Halimah calon Pas di Seri Setia

Bekas anggota exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali dinamakan sebagai calon Pas bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia pada 8 September ini. Pengumuman dibuat Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Petaling Jaya malam tadi.