Tutup

Dr Jemilah Mahmood dinobat pemenang ASEAN Prize

Pengasas MERCY Malaysia, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood dinobat sebagai pemenang bagi ASEAN Prize 2019 pada majlis perasmian Sidang Kemuncak ASEAN Ke-35 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan di Bangkok, Thailand pada Ahad. Dr Jemilah yang merupakan warganegara Malaysia pertama menerima hadiah ini dipilih berdasarkan kepada sumbangan beliau terhadap bantuan kemanusiaan dan pengurusan bencana di rantau ASEAN.