Tutup

Dr Mahathir terima kunjungan mangsa insiden Christchurch

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kunjungan daripada mangsa insiden tembakan rambang di Christchurch, New Zealand pada Rabu. Menerusi perkongsian di Facebook rasmi Dr Mahathir, mangsa kejadian, Rahimi Ahmad dan Mohd Nazril Hisham Omar hadir bersama keluarga mereka di pejabatnya di Perdana Putra, Putrajaya.