Dr S Streram calon PH PRK DUN Rantau

Pakatan Harapan mengumumkan Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Rembau, Dr S Streram sebagai calon mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau 13 April ini. Menurut Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim keputusan pemilihan calon itu sebelum ini dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH pada 9 Mac lalu.