Dr Siti Hasmah lawat Azmin selesai jalani pembedahan

Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meluangkan masa melawat Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam, yang dimasukkan ke hospital kerana perlu menjalani pembedahan. Perkara itu dikongsikan anak Mohamed Azmin, Farah Amira menerusi akaun Twitternya merakamkan kehadiran Tun Siti Hasmah dan ditemani isteri Timbalan Presiden PKR itu, Datin Seri Shamsida Taharin di sebuah bilik hospital.