Draf baharu kaedah pembayaran balik PTPTN bakal disiapkan

Draf baru kaedah pembayaran semula pinjaman PTPTN akan disiapkan dalam tempoh enam bulan sebelum boleh dibentangkan ke kabinet bagi mendapat kelulusannya. Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN , Wan Saiful Wan Jan berkata, bagi tujuan menghasilkan draf baharu kaedah pembayaran itu, pihaknya mengadakan perjumpaan dengan pelbagai pihak termasuk pemimpin masyarakat, Badan Bukan Kerajaan ( NGO ) dan pihak berkepentingan.