Drone dari AS dipersetujui Jemaah Menteri

Perolehan 12 drone atau pesawat tanpa pemandu (UAV) Scan-Eagle dari kerajaan Amerika Syarikat telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri dan tidak melibatkan sebarang kos kepada Malaysia. Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong menjelaskan, AS melalui Program Inisiatif Keselamatan Maritim (MSI) telah menyediakan bantuan dalam bentuk keupayaan dan kapasiti kepada negara-negara rakan termasuk Malaysia.