DSA 2018 bukti kestabilan Malaysia di rantau Asia Tenggara

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia 2018 (NATSEC) sebagai bukti kestabilan Malaysia di rantau Asia Tenggara. Menurutnya, walaupun pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap negara ini, pembabitan negara lain masih disambut baik terutama dalam penganjuran program sebegini.