Tutup

Dua ADUN, CEO, didakwa terlibat LTTE

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka dan negeri sembilan dan seorang Ketua Pegawai Eksekutif, didakwa di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan memberi sokongan dan memiliki item berkaitan perjuangan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE). Adun Seremban Jaya, P. Gunasekaren, Adun Gadek G. Saminathan, dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) S. Chandru, masing-masing berdepan satu pertuduhan dibawah Seksyen 130J(1)(A) kanun keseksaan.