Tutup

Dua Adun ditahan berhubung LTTE kekal sebagai wakil rakyat

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang ditahan polis kerana dipercayai ada kaitan kumpulan harimau pembebasan Tamil Eelam (LTTE), kekal sebagai wakil rakyat. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun berkata, seseorang wakil rakyat itu hanya hilang kelayakan sebagai Adun atau Ahli Parlimen, sekiranya disabitkan kesalahan oleh mahkamah dan didapati bersalah.