Dua anggota 'geng tebuk' ditembak mati

Dua suspek 'geng tebuk' dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah pejabat dan pecah peti besi keselamatan sekitar Melaka, maut dalam kejadian tembak menembak di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh awal pagi Sabtu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, pihaknya percaya kedua-dua suspek yang juga dipercayai warga asing, aktif dalam jenayah berkenaan sejak tahun lepas.