Dua beranak OKU dapat hadiah rumah baru

Sambutan Tahun Baru Cina baru dua beranak, Siew Eng, 81 dan Ng Kim Leng, 55 tahun, lazimnya tiada yang istimewa. Keduanya cacat penglihatan, tiada saudara mara dan hanya mampu menghuni rumah tumpangan. Namun tahun ini, keprihatinan Kerajaan Negeri Perak dan Yayasan Bina Upaya (YBU) mengubah nasib mereka.