Dua kanak-kanak keluar memancing ditemui lemas

Dua kanak-kanak lelaki yang dipercayai keluar memancing sejak awal hari ini, ditemukan lemas dalam kolam tadahan air di Kampung Bukit Chabang Selatan dekat sini, petang tadi. Ketua Polis Daerah Padang Besar, DSP Muhamad Halim Yatim berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada 5.25 petang dan ketika sampai ke tempat kejadian, jenazah mangsa telah diangkat oleh pihak bomba dan disahkan meninggal dunia.