Dua lagi ditahan kes tipu dan jual kad UNHCR

Polis menahan dua lelaki Myanmar disyaki terbabit kes penipuan mencetak dan menjual kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) palsu di Pulau Pinang. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk T.Narenasegaran berkata, dua lelaki berkenaan adalah dalang utama sindiket dan mempunyai kaitan dengan penahanan lima individu warga Myanmar, termasuk suami isteri pada 14 Jun di daerah Seberang Perai Utara.