Dua lagi lelaki periksa MPV polis ditahan

Polis hari ini menahan dua lagi lelaki yang disyaki bertindak memeriksa kereta peronda polis (MPV) di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Rantau, Sabtu lalu. Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop berkata kedua-dua mereka ditahan di dua lokasi berasingan iaitu di Nilai dan Rantau pada kira-kira pukul 11.30 pagi.