Dua lagi mangsa tanah runtuh ditemui

Dua lagi mangsa kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan projek Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, berjaya dikeluarkan pasukan bomba dan penyelamat awal pagi Ahad. Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pulau Pinang, Saadon Moktar memberitahu, mayat dikesan ketika pemantauan dibuat di permukaan lokasi kejadian.