Dua lelaki mengaku tidak bersalah terima deposit secara haram

Dua rakan kongsi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Alor Setar atas dua pertuduhan menerima wang deposit daripada orang ramai tanpa lesen sah membabitkan transaksi lebih RM90,000. Tertuduh, Ooi Kooi Lam, 61, dan Loh Kim Yong, 62, membuat pengakuan itu dan meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.