Tutup

Dua maut rempuhan 13 kenderaan

Dua maut manakala tiga individu termasuk seorang anggota polis trafik cedera selepas terlibat dalam tiga kemalangan berasingan di antara kilometer 273.3 sehinggga 274.4 arah selatan dari Nilai ke bandar Ainsdale, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), awal pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintendan Azrul Hisham Mohd Shaffie berkata, kemalangan jam 6.30 pagi itu melibatkan 13 buah kenderaan termasuk sebuah kereta peronda PDRM dan sebuah lori.