Dua maut, termasuk kanak-kanak tiga tahun

Dua maut termasuk kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun manakala enam lagi cedera selepas kereta yang dinaiki terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan. Kemalangan berlaku di kilometer 71 Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja di Kampung Saujana,Setiu kira-kira jam 5.50 petang Jumaat.