Dua mayat mangsa Lombok tiba ke tanah air

Mayat mendiang dua rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Lombok Ahad lalu selamat tiba di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 5.19 petang Selasa. Menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri, dua mangsa yang terkorban iaitu Datin Tai Siew Kim dan Lim Sai Wah dibawa pulang dengan menggunakan pesawat Garuda Indonesia GA816.