Dua pegawai antara ditahan bantu seludup manusia

Dua pegawai Jabatan Imigresen adalah antara sembilan individu yang ditahan selepas dipercayai terbabit dalam sindiket penyeludupan warga China ke negara ketiga melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Lima rakyat tempatan dan empat warga China ditahan di sekitar KLIA dan Miri, Sarawak, dalam operasi khas oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 4 Februari lalu hingga Rabu.