Tutup

Dua peniaga dituduh beri suapan RM5,000

Dua peniaga didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada rabu atas tuduhan memberi suapan sebanyak RM5 ribu kepada seorang Penolong Penguasa Imigresen, dua tahun lalu. Tertuduh, Fabian Dang Wen Min, 51, dan Choo Chee Seng, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Hakim S. Indra Nehru.