Dua remaja dijumpai selamat, punca kehilangan masih disiasat - Polis

Dua gadis bawah umur yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas menyambut Tahun Baharu Tamil, rupa-rupanya telah melakukan cubaan melarikan diri dari rumah masing-masing. Mereka telah dijumpai selamat pada Isnin. Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din kedua dua remaja dijumpai ibu saudara mereka pada jam 2.30 petang.