Dua remaja maut akibat terhidu Karbon Monoksida

Polis mengesahkan kejadian kematian pemandu Perdoua Myvi di Kampung Jaya Baru, semalam, berpunca daripada terhidu Karbon Monoksida. Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A. Sahak Rahmat berkata, hasil bedah siasat ke atas mangsa, Mohd Fitri Haimin, 19, disahkan akibat keracunan iaitu terhidu Karbon Monoksida.