Dua remaja perempuan hilang di Petaling Jaya ditemui

Dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas meraikan Tahun Baharu Tamil di sebuah kondominium di Jalan Gasing Indah, Petaling Jaya pada Ahad, telah ditemui. Polis mengesahkan penemuan Natshatra Navinata dan Divyaa Munian, masing-masing 15 dan 16 tahun, pada kira-kira pukul 7 petang Isnin.