Dua sahabat terbunuh, motorsikal terbabas ke dalam parit

Seorang penunggang motosikal lelaki dan pembonceng wanita terbunuh apabila terbabit dalam kemalangan jalan raya di kilometer 22, Jalan Lahad Datu ke Tawau, berdekatan Kampung Bumiputera, pada Isnin. Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam itu, Irwan Boy, 19 tahun dan Nur Hafezah Mooti, 26, dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.