Tutup

Dua sekolah tahfiz di Selangor bakal dikenakan tindakan

Dua sekolah tahfiz yang dikesan masih berdegil dan enggan melakukan pendaftaran di bawah Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Selangor (PITAS) dikenakan tindakan oleh Kerajaan Negeri. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, salah satu daripada sekolah tahfiz tersebut diarahkan tutup manakala satu lagi premis diberi arahan untuk mematuhi syarat dan prosedur tertentu yang ditetapkan sebelum dibenarkan beroperasi.