Dua suspek bunuh Kim Jong Nam dituduh esok

Perkembangan kes bunuh Kim Jong Nam. Teka teki mengenai status dua suspek wanita yang tamat tempoh remannya esok, terjawab hari ini. Ia berikutan laporan yang mengatatkan, mereka yang disiasat sebelum ini berhubung kes kematian abang pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong Nam, akan didakwa di Mahkamah Majistret Sepang, esok. Rakan setugas, Hakim Rahman sudah bersedia dengan laporannya.