Dua suspek kes bunuh Kim Jong Nam didakwa esok

Dua suspek wanita yang disiasat berhubung kematian Kim Jong Nam akan dituduh di Mahkamah Majistret Sepang, esok. Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata pihaknya telah menerima kertas siastan daripada Polis Diraja Malaysia baru-baru ini. Tempoh reman suspek ketiga warga Korea Utara Ri Jong-Chol tamat pada Jumaat.