Tutup

Dua suspek pengedar dadah warga Iran dicekup

Dua lelaki warga Iran ditahan kerana disyaki aktif mengedar dadah di sekitar ibu negara dalam serbuan di tempat letak kenderaan sebuah kondominium di Jalan Solaris, Jumaat lalu. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kedua-dua suspek berusia 27 dan 46 tahun itu ditahan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur dalam sebuah kereta BMW pada pukul 7.40 malam.