Tutup

Dua warga Thai ditahan cuba seludup 120 kilogram daun ketum

Angkatan Tentera Malaysia berjaya patahkan cubaan dua lelaki warga Thailand menyeludup seratus 20 kilogram daun ketum di sempadan Malaysia-Thailand berdekatan Durian Burung. Menurut Panglima Enam Briged, Briged Jeneral Mohd Halim Khalid, kegiatan suspek dikesan anggota Rejimen Renjer Diraja diketuai Staf Sarjan Mohd Razali Abdul Aziz pagi tadi.