Duit GST 'dirompak', Khairy buat laporan polis

Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin hari ini buat laporan polis berhubung dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa RM18 bilion wang tuntutan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang sepatutnya dibayar balik kepada peniaga telah ?dirompak? kerajaan Barisan Nasional. Kata Khairy dakwaan Guan Eng di Dewan Rakyat pada Rabu itu satu tuduhan serius dan perlukan bukti kukuh.