Duti minyak sawit mentah ditangguhkan bermula 1 Mei hingga 31 Disember

Duti eksport minyak sawit mentah ditangguhkan bermula 1 Mei hingga 31 Disember depan. Menteri Industri Utama Teresa Kok berkata penangguhan duti itu dijangka mampu menggalakkan eksport minyak sawit ke luar negara, selain ke pasaran baharu.