e-hailing: Lepas PSV, harga akan kekal kompetitif, berpatutan

Kadar tambang yang dikenakan operator e-hailing akan kekal kompetetif walaupun selepas pematuhan Lesen Vokasional PSV (Teksi/e-hailing) berkuatkuasa. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata peningkatan kadar tambang tidak akan berlaku kerana ia akan menyebabkan para pengguna tidak akan memilih perkhidmatan tersebut.