Tutup

E-Wallet PLUS galak pembayaran tanpa tunai di R&R

Plus Malaysia Bhd (PLUS) menyasarkan mewujudkan sistem Pembayaran Dompet Elektronik (E-Wallet) dengan aplikasi Boost di semua 24 kawasan Rehat dan Rawat (R&R) seluruh negara menjelang akhir tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azman Ismail, berkata pengenalan penggunaan sistem pembayaran menggunakan aplikasi di telefon pintar itu merupakan salah satu langkah untuk memupuk masyarakat digital atau (digital society).