ECRL, 1MDB wujud untuk biaya aktiviti politik kerajaan terdahulu - Jomo

Ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Prof Dr Jomo Kwame Sundaram mendakwa kerajaan Barisan Nasional terdahulu percepatkan proses kelulusan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi mendapatkan pembiayaan dana politik. Prof Jomo berkata ia berdasarkan bagaimana tindakan mereka mendapatkan kelulusan kabinet pada hujung 2017, dan terus memulakan projek pada awal 2018.