Tutup

ECRL bawa 'goods' bukan 'goodies' PRK - TPM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan keputusan pengubahan jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang bakal merentasi Negeri Sembilan sebagai 'gula-gula' pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang sedang berlangsung. Keputusan kerajaan itu membawa kebaikan dan memberi kesan yang lebih realistik kepada ekonomi negara.