ECRL beri kesan positif kepada penduduk

Keputusan kerajaan untuk meneruskan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dilihat mampu memberi kesan ekonomi kepada Pahang. Beberapa penduduk yang ditemui menyambut baik keputusan kerajaan tersebut walaupun ECRL kali ini dikurangkan perbelanjaannya yang kini bernilai RM44 bilion sekaligus mengurangkan beberapa kemudahan projek tersebut. Walaupun projek ECRL dikurangkan kemudahannya namun ianya dirasakan masih mampu memberi manfaat kepada penduduk di sekitar untuk mendapatkan limpahan pembangunan.