ECRL buka pertumbuhan sektor perindustrian baharu

Tiada sebab untuk melaksanakan pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di negara ini jika industri baharu tidak dapat diwujudkan. Itu pandangan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang berkata. Pertumbuhan sektor perindustrian baharu perlu dilaksanakan menerusi ECRL bagi merancakkan ekonomi negara sekaligus memberi pulangan kepada rakyat.