ECRL: Muatan kargo lebih menguntungkan

Kargo dijangka sektor yang lebih menguntungkan berbanding aliran penumpang menerusi projek ECRL berikutan kelebihan laluan darat memacu transaksi penghantaran dan memendekkan tempoh perjalanan secara ketara di antara Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuantan. Muatan kargo itu menyumbang kira-kira 70 peratus kepada hasil, berbanding aliran penumpang sebanyak 30 peratus berikutan masa perjalanan lebih singkat serta kebergantungan lebih tinggi sebagai kaedah atau mod pengangkutan.