Tutup

EDOLA2019 buka platform bagi berdepan pembelajaran berteknologi

Bagi menghadapi cabaran sistem pendidikan dalam Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), Jabatan Pendidikan Politeknik dan kolej komuniti (JPPKK) mengambil inisiatif dengan menganjurkan Majlis Anugerah Inovasi Pembelajaran Digital (EDOLA2019) kepada warga Politeknik dan Kolej Komuniti. Anugerah tersebut menjadi platform kepada pensyarah dan pelajar untuk berinovasi disamping menyediakan pelbagai modul pendidikan baharu yang memenuhi kehendak pasaran.