Tutup

Ekonomi semasa tidak sesuai laksana jambatan bengkok

Keadaan ekonomi semasa dilihat tidak sesuai kepada kerajaan persekutuan untuk melaksanakan semula projek jambatan bengkok membabitkan Johor Bahru dan Singapura. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata fokus kerajaan ketika ini adalah untuk melaksanakan projek yang memberi impak positif langsung kepada rakyat.